Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English

Bahagian VIII · Perlindungan bagi Anak

88. Kuasa bagi mahkamah membuat perintah mengenai penjagaan

Feedback & support

In plain English

The court may give the father or mother custody of a child. In exceptional cases, custody may go to another relative, a child welfare group or another suitable person. The child's welfare comes first. A child below the age of seven years is presumed better off with the mother, unless shown otherwise. Siblings may be placed with different people.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dengan perintah meletakkan seseorang anak dalam jagaan bapa atau ibunya atau, jika ada hal keadaan yang luar biasa yang menyebabkan tidak wajar bagi anak itu diamanahkan kepada ibu atau bapanya, dalam jagaan mana-mana saudara anak itu yang lain atau jagaan mana-mana

Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 65

persatuan yang antara tujuannya termasuklah kebajikan kanak-kanak atau kepada mana-mana orang lain yang sesuai.

(2)

Pada memutuskan ke dalam jagaan siapa seseorang anak patut diletakkan pertimbangan utama ialah kebajikan anak itu dan tertakluk pada ini mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada—

(a)

kemahuan ibu bapa anak itu; dan

(b)

kemahuan anak itu, jika dia telah meningkat umur dapat menyatakan sesuatu pendapatnya sendiri.

(3)

Adalah menjadi suatu anggapan yang boleh dipatahkan bahawa adalah untuk kebaikan seseorang anak di bawah umur tujuh tahun supaya ia berada dengan ibunya tetapi pada memutuskan sama ada anggapan itu terpakai bagi fakta sesuatu kes tertentu, mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada ketidakwajaran mengganggu kehidupan seseorang anak dengan perubahan jagaan.

(4)

Jika ada dua atau lebih orang anak dari sesuatu perkahwinan, mahkamah tidaklah terikat meletakkan kedua-dua atau kesemuanya dalam jagaan orang yang sama tetapi hendaklah menimbangkan kebajikan tiap-tiap seorang secara berasingan.

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules