Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VIII · Perlindungan bagi Anak
99. Kewajipan menanggung anak yang diterima sebagai ahli keluarga
Feedback & supportJika seseorang lelaki telah menerima seseorang anak yang bukan anaknya sebagai ahli keluarganya, adalah menjadi kewajipannya menanggung nafkah anak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak setakat mana bapa dan ibu anak itu gagal berbuat demikian, dan mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi mempastikan kebajikan anak itu:
Dengan syarat bahawa kewajipan yang dikenakan oleh subseksyen ini hendaklah terhenti jika anak itu dibawa pergi oleh bapa atau ibunya.
Apa-apa wang yang dibelanjakan oleh seseorang lelaki bagi menanggung nafkah anak itu boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada bapa atau ibu anak itu.
70
Undang-Undang Malaysia