Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

ActIn forceProvision 2 of 2
Seksyen 2

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ajuster”

ertinya seorang yang menjalankan perniagaan pengajusteran;

“ajuster berdaftar” ertinya orang berdaftar yang menjalankan perniagaan pengajusteran;

“akaun pelaburan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 [Akta 759];

“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Bank dan Institusi-Institusi

Kewangan 1989 [Akta 372], Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953

[Akta 17], Akta Insurans 1996 [Akta 553] dan Akta Sistem

Pembayaran 2003 [Akta 627];

“aktuari yang dilantik” ertinya aktuari yang dilantik oleh penanggung insurans berlesen di bawah subseksyen 74(1) atau oleh

Bank di bawah seksyen 75;

“anak” termasuklah anak tidak sah taraf, anak tiri dan anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau mana-mana tempat di luar Malaysia, atau di bawah suatu adat yang diiktiraf oleh suatu golongan, kategori atau perihalan orang di dalam atau di luar Malaysia;

“anggota” berhubung dengan suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan yang ialah—

(a)

suatu perbadanan, ertinya pemegang syer;

(b)

suatu koperasi, ertinya anggota dalam koperasi itu;

(c)

suatu perkongsian, ertinya pekongsi;

Perkhidmatan Kewangan 25

(d)

mana-mana pertubuhan perbadanan lain yang mempunyai keanggotaan, ertinya suatu anggota pertubuhan itu; dan

(e)

suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah

*Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], ertinya suatu anggota pertubuhan itu;

“anuiti” ertinya hak kepada suatu siri pembayaran berkala pada lat tempoh satu tahun atau kurang di bawah suatu kontrak dengan penanggung insurans hayat;

“anuiti pasti” ertinya suatu anuiti yang jangka masa pembayaran berkala adalah ditentukan terlebih dahulu dan tidak bergantung kepada mati atau hidupnya pemunya polisi itu;

“arahan pembayaran” atau “arahan penyelesaian” berhubung dengan suatu sistem pembayaran, termasuklah suatu arahan untuk memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan transaksi mengenai dana atau sekuriti, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“badan berkanun” ertinya mana-mana pihak berkuasa atau badan, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang ditubuhkan, dilantik atau dibentuk oleh mana-mana undang-undang bertulis, tetapi tidak termasuk mana-mana pihak berkuasa tempatan;

“Bank” mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009

[Akta 701];

“bank berlesen” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan perniagaan perbankan;

“bank pelaburan berlesen” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan perniagaan pelaburan perbankan;

*CATATAN—Akta ini telah telah disemak dan dinamakan semula sebagai Akta Pertubuhan 1996

(Disemak-2021) [Akta 832] yang mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2021.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

“berkaitan”, berhubung dengan suatu perbadanan, ertinya berkaitan mengikut pengertian seksyen 6

*Akta

Syarikat 1965

[Akta 125];

“broker insurans” ertinya seorang yang, sebagai kontraktor bebas, menjalankan perniagaan pembrokeran insurans dan termasuklah broker insurans semula;

“broker insurans yang diluluskan” ertinya seorang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan perniagaan pembrokeran insurans;

“broker wang yang diluluskan” ertinya seorang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan perniagaan pembrokeran wang;

“buku” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965;

“deposit” ertinya sejumlah wang yang disetuju terima atau dibayar atas terma yang di bawahnya ia akan dibayar balik sepenuhnya, dengan atau tanpa faedah atau apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang lain, sama ada bila dituntut atau pada suatu masa atau dalam hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat pembayaran itu dan orang yang menyetuju terimanya, tetapi tidak termasuk wang yang dibayar secara bona fide—

(a)

sebagai suatu pendahuluan atau suatu pembayaran sebahagian di bawah suatu kontrak jualan, sewaan atau penyediaan harta atau perkhidmatan lain, dan hanya boleh dibayar balik sekiranya harta atau perkhidmatan itu tidak sebenarnya dijual, disewa atau disediakan selainnya;

(b)

sebagai jaminan bagi pelaksanaan suatu kontrak atau sebagai jaminan berkenaan dengan apa-apa kerugian yang boleh disebabkan oleh ketidaklaksanaan suatu kontrak;

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Perkhidmatan Kewangan 27

(c)

tanpa mengehadkan perenggan (b), sebagai jaminan bagi penghantarserahan atau pemulangan apa-apa harta, sama ada dalam keadaan baik tertentu atau selainnya; dan

(d)

dalam apa-apa hal keadaan lain, atau kepada atau oleh mana-mana orang lain, sebagaimana yang dinyatakan dalam

Jadual 2;

“ditentukan” ertinya untuk menentukan secara bertulis melalui standard atau apa-apa bentuk lain, dan suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran yang berlainan;

“ditetapkan” ertinya untuk ditetapkan melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, dan suatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk menetapkan secara berlainan bagi orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran yang berlainan;

“dokumen” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan termasuklah buku;

“dokumen konstituen” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara

Malaysia 2009;

“ejen insurans” ertinya seorang yang melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

(a)

mensolisit atau mendapatkan cadangan insurans bagi pihak penanggung insurans;

(b)

menawarkan atau mengambil alih untuk bertindak bagi pihak penanggung insurans dalam merundingkan suatu polisi; atau 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

(c)

melakukan apa-apa tindakan lain bagi pihak penanggung insurans berhubung dengan pengeluaran, pembaharuan atau penerusan suatu polisi;

“Gabenor” dan “Timbalan Gabenor” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepada mereka dalam subseksyen 2(1) Akta Bank

Negara Malaysia 2009;

“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih, sama ada ketara atau tidak ketara dan termasuklah—

(a)

apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubung dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;

(b)

apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta tak alih yang orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu ialah tuan punya atau yang memiliki atau padanya orang itu berhak kepada suatu hak kontingen, sama ada bagi keseluruhan kepentingan atau bagi apa-apa kepentingan yang kurang;

(c)

apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa stok, syer, debentur dan dana;

(d)

apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa nota bank, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan perakuan deposit boleh niaga; atau

(e)

apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi, resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain menjaminkan pembayaran atau penjelasan suatu hutang atau liabiliti, sama

Perkhidmatan Kewangan 29

ada sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;

“iklan” ertinya penyebaran atau penyampaian maklumat, pelawaan atau pensolisitan dengan apa-apa cara atau dalam apa-apa bentuk termasuk komunikasi lisan atau bertulis dengan cara cetakan, elektronik atau apa-apa media lain;

“individu” ertinya orang sebenar;

“institusi asing” ertinya suatu syarikat asing, yang bukan orang yang diberi kuasa atau orang berdaftar, yang menjalankan apa-apa perniagaan di luar Malaysia yang bersamaan, atau yang serupa, dengan perniagaan mana-mana orang yang diberi kuasa atau orang berdaftar, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pejabat wakil yang diluluskan;

“institusi perantaraan” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank, dan dinamakan sebagai suatu institusi perantaraan di bawah subseksyen 176(1);

“instrumen pembayaran” ertinya apa-apa instrumen, sama ada yang ketara atau tidak ketara, yang membolehkan seorang memperoleh wang, barangan atau perkhidmatan atau untuk membuat apa-apa pembayaran;

“instrumen pembayaran yang ditetapkan” ertinya suatu instrumen pembayaran yang ditetapkan sebagai suatu instrumen pembayaran yang ditetapkan di bawah seksyen 31;

“insurans” termasuklah insurans semula;

“insurans semula” ertinya perlindungan insurans yang diambil oleh penanggung insurans dengan penanggung insurans kedua atas risiko, keseluruhan atau sebahagiannya, yang telah diterimanya dan termasuklah apa-apa perkiraan yang serupa oleh suatu cawangan penanggung insurans itu di Malaysia dengan cawangannya di luar

Malaysia (ibu pejabat penanggung insurans itu adalah, bagi maksud

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

ini, dikira sebagai suatu cawangan);

“kemudahan kredit” ertinya—

(a)

pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua namanya disebut;

(b)

pemberian suatu jaminan; atau

(c)

apa-apa urus niaga atau transaksi yang lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 4;

“kepentingan dalam syer” hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3;

“ketua pegawai eksekutif” berhubung dengan—

(a)

suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, ertinya individu, walau bagaimanapun digelar, yang, sama ada secara individu atau secara bersesama dengan satu atau lebih orang lain, bertanggungjawab di bawah kuasa pengarah, bagi penjalanan perniagaan dan pentadbiran pertubuhan itu; atau

(b)

seorang yang diberi kuasa yang ditubuhkan sebagai suatu cawangan di Malaysia, ertinya seorang pegawai yang terutamanya bertanggungjawab bagi perniagaan cawangan itu di Malaysia;

“komputer” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950;

“koperasi” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Koperasi 1993 [Akta 502];

“kumpulan kewangan” ertinya syarikat pemegangan kewangan dan suatu kumpulan perbadanan berkaitan di bawah syarikat pemegangan kewangan itu yang terlibat terutamanya dalam perkhidmatan kewangan atau dalam perkhidmatan lain yang berkaitan dengan atau

Perkhidmatan Kewangan 31

bagi maksud perkhidmatan kewangan itu yang termasuklah sekurang-kurangnya satu orang berlesen;

“kumpulan perbadanan” ertinya suatu kumpulan perbadanan yang berkaitan antara satu dengan lain;

“kumpulan wang insurans” ertinya suatu kumpulan wang insurans yang ditubuhkan dan disenggarakan di bawah seksyen 81;

“lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 10;

“liabiliti” termasuklah hutang atau tiap-tiap jenis tanggungan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;

“mata wang asing” ertinya apa-apa mata wang selain ringgit;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang” termasuklah seorang individu, mana-mana perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;

“orang berdaftar” ertinya seorang yang berdaftar di bawah subseksyen 18(1);

“orang berlesen” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan suatu perniagaan berlesen;

“orang yang diberi kuasa” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 atau yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan suatu perniagaan yang dibenarkan;

“orang yang diluluskan” ertinya seorang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan suatu perniagaan yang diluluskan;

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

“output komputer” ertinya suatu penyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau yang lain—

(a)

dikeluarkan oleh suatu komputer;

(b)

ditayangkan pada skrin suatu komputer; atau

(c)

diterjemahkan dengan tepat daripada suatu penyataan atau gambaran yang dikeluarkan sedemikian;

“pegawai” berhubung dengan suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, termasuklah mana-mana pekerja atau ketua pegawai eksekutif pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu;

“pegawai kanan” ertinya seorang, selain ketua pegawai eksekutif atau pengarah, yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk merancang, mengarah atau mengawal aktiviti orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan termasuk ketua pegawai operasi, anggota jawatankuasa pembuat keputusan dan orang lain yang menjalankan fungsi penting seperti pengurusan risiko, pematuhan, audit dalaman atau fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 47;

“pejabat” merujuk kepada suatu tempat di mana atau yang apa-apa perniagaan mana-mana orang dijalankan, termasuk ibu pejabat di Malaysia, atau mana-mana pejabat lain, suatu cawangan, suatu agensi (kecuali agensi insurans dalam hal penanggung insurans berlesen), suatu tempat perniagaan bergerak, suatu tempat perniagaan diadakan dan disenggarakan hanya bagi satu tempoh terhad sahaja atau suatu terminal elektronik;

“pejabat wakil yang diluluskan” ertinya suatu pejabat wakil di Malaysia bagi institusi asing yang diluluskan oleh Bank di bawah subseksyen 19(4);

“pemberikuasaan” ertinya pemberian suatu lesen di bawah seksyen 10 atau pemberian suatu kelulusan di bawah seksyen 11;

Perkhidmatan Kewangan 33

“pemohon” ertinya—

(a)

dalam

Bahagian

III dan

Jadual 5, orang yang mengemukakan, bagi pihak dirinya sendiri atau melalui peguam, firma kesetiausahaan atau wakil yang diberi kuasa dengan sempurnanya yang lain, permohonan bagi pemberikuasaan di bawah seksyen 9;

(b)

dalam

Bahagian

VI dan