Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian I · Permulaan

5. Pengelasan, dan tafsiran sebutan mengenai, perniagaan insurans

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Akta ini, perniagaan insurans hendaklah dibahagikan kepada dua kelas—

(a)

perniagaan hayat, yang sebagai tambahan kepada semua perniagaan insurans berkenaan dengan polisi hayat hendaklah termasuk apa-apa jenis perniagaan insurans yang dijalankan hanya sebagai sampingan kepada perniagaan insurans hayat penanggung insurans; dan

(b)

perniagaan am, yang ertinya semua perniagaan insurans yang bukan perniagaan hayat.

(2)

Bagi maksud Akta ini, insurans semula liabiliti di bawah polisi insurans hendaklah dikira tergolong dalam kelas dan perihalan yang sama dengan polisi insurans yang diinsuranskan semula.

Perkhidmatan Kewangan 53

(3)

Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1) atau penentuan suatu polisi kepada suatu kumpulan wang insurans tertentu oleh penanggung insurans berlesen, sekiranya Bank berpuas hati bahawa mana-mana bahagian perniagaan penanggung insurans berlesen yang tergolong dalam suatu kelas atau perihalan tertentu perniagaan insurans patut dalam hal penanggung insurans berlesen itu dikira sebagai tergolong dalam kelas atau perihalan lain, Bank boleh mengarahkan bahawa ia dikira sedemikian bagi maksud Akta ini.

(4)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

aktiviti—

(i)

melaksanakan suatu kontrak insurans; atau

(ii)

menjalankan suatu kontrak insurans, melalui perniagaan hendaklah menjadi suatu penjalanan perniagaan insurans;

(b)

seorang adalah disifatkan melaksanakan, atau menjalankan, suatu kontrak insurans melalui perniagaan sekiranya dia—

(i)

terlibat dalam apa-apa aktiviti dengan cara yang dengan sendirinya menjadi penjalanan suatu perniagaan;

(ii)

mengemukakan dirinya sebagai sanggup dan berupaya untuk terlibat dalam aktiviti itu; atau

(iii)

mensolisit dengan tetap orang lain untuk terlibat dengannya dalam transaksi yang menjadi aktiviti itu;

dan

(c)

suatu sebutan mengenai penjalanan perniagaan insurans termasuklah menjalankannya melalui ejen, atau sebagai ejen, tetapi “penanggung insurans” tidaklah termasuk ejen insurans atau pun dalam hal seorang yang merupakan

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

kedua-dua penanggung insurans dan ejen insurans, apa-apa perniagaan yang dibuat oleh orang itu sebagai ejen insurans.

(5)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

Menteri boleh, atas syor Bank, menetapkan apa-apa perniagaan atau aktiviti sebagai perniagaan insurans;

(b)

Bank boleh menentukan perniagaan atau aktiviti itu sebagai tergolong dalam kelas tertentu yang disebut dalam subseksyen (1) atau perihalan, perniagaan insurans; dan

(c)

perniagaan yang dinyatakan dalam Jadual 4 tidak boleh dikira sebagai perniagaan insurans.

Report

Bahagian II

Objektif Pengawalseliaan dan Kuasa dan Fungsi Bank

Bahagian III

Pemberikuasaan dan Pendaftaran

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1.

Bahagian IV

Sistem Pembayaran

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1, sistem pembayaran yang dinyatakan dalam perenggan 9 Bahagian 2 Jadual 1 atau instrumen pembayaran yang ditetapkan termasuk memudahkan salin

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 di bawah seksyen 264; atau

Bahagian V

Kehendak Berhemat

Bahagian VI

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VII

Kumpulan Kewangan

Bahagian VIII

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian IX

Pasaran Wang dan Pasaran Pertukaran Asing

Bahagian X

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XI

Pemeriksaan

Bahagian XII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIII

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules