Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian VI · Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
88. Kawalan atas orang berlesen dilarang dalam beberapa hal
Feedback & support(1)
Tertakluk pada subseksyen (2), tiada seorang pun boleh mempunyai kawalan atas orang berlesen, melainkan jika orang itu mendapat kelulusan bertulis terdahulu Menteri, atas syor Bank.
(2)
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—
Perkhidmatan Kewangan 113
(a)
mana-mana pengarah atau ketua pegawai eksekutif orang berlesen berkenaan dengan penjalanan kewajipan dan fungsinya dalam pengurusan orang berlesen itu; dan
(b)
seseorang yang telah mendapat suatu kelulusan Menteri di bawah subseksyen 90(6) untuk memegang lebih daripada lima puluh peratus kepentingan dalam syer orang berlesen itu.