Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian VI · Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
89. Pelupusan kepentingan dalam syer menghendaki kelulusan
Feedback & supportKecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Menteri, atas syor Bank, tiada seorang pun yang mempunyai suatu agregat kepentingan dalam syer orang berlesen yang—
lebih daripada lima puluh peratus; atau
lima puluh peratus atau kurang tetapi mempunyai kawalan atas orang berlesen itu, boleh membuat perjanjian atau perkiraan untuk melupuskan mana-mana kepentingan dalam syer orang berlesen yang, sekiranya perjanjian atau perkiraan itu dijalankan, pelupusan sedemikian akan mengakibatkan orang itu memegang suatu kepentingan dalam syer kurang daripada lima puluh peratus atau dalam apa-apa jua cara terhenti untuk mempunyai kawalan atas orang berlesen itu.