Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 3
145. Kerahsiaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan Islam, termasuk—
institusi kewangan Islam itu; atau
mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen mana-mana institusi kewangan Islam itu, boleh mendedahkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan Islam itu.
Perkhidmatan Kewangan Islam 155
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan Islam—
yang didedahkan kepada Bank, mana-mana pegawai Bank atau mana-mana orang yang dilantik di bawah Akta ini atau
Akta Bank Negara Malaysia 2009 bagi maksud melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsi Bank di bawah
Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009;
yang berbentuk ringkasan atau himpunan maklumat yang dinyatakan dengan apa-apa cara yang tidak membolehkan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana pelanggan tertentu institusi kewangan Islam itu ditentukan daripadanya; atau
yang pada masa pendedahan itu adalah, atau telah pun sedia ada dibuat menurut undang-undang kepada orang awam daripada apa-apa sumber selain institusi kewangan Islam itu.
Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa dokumen atau maklumat yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh mendedahkannya kepada mana-mana orang lain.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII