Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 3
150. Iklan bagi deposit Islam
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun, selain bank Islam berlesen, boleh menerbitkan, atau selainnya memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan, iklan yang—
mengandungi apa-apa tawaran atau pelawaan—
untuk membuat apa-apa deposit Islam; atau
untuk membuat atau menawar untuk membuat apa-apa perjanjian untuk membuat apa-apa deposit
Islam; atau
berniat, secara langsung atau tidak langsung, untuk membawa atau mendorong kepada pembuatan apa-apa deposit Islam.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi penerbitan oleh mana-mana orang bagi apa-apa iklan untuk atau bagi pihak bank Islam berlesen.
160 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII