Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 3
146. Pendedahan yang dibenarkan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu
Institusi kewangan
Islam atau mana-mana pengarahnya atau pegawainya boleh—
untuk apa-apa maksud atau dalam apa-apa hal keadaan sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang pertama
Jadual 11, mendedahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun
156 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
pelanggannya kepada mana-mana orang yang ditentukan dalam ruang kedua Jadual itu; atau
mendedahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggannya itu kepada mana-mana orang jika pendedahan itu diluluskan secara bertulis oleh Bank.
Institusi kewangan Islam itu atau pengarahnya atau pegawainya yang membuat suatu pendedahan bagi maksud atau dalam mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam Jadual 11 dan perenggan (1)(b), hendaklah tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Bagi maksud subsekyen (2), Bank boleh pada bila-bila masa meminda atau membatalkan apa-apa syarat sedia ada atau mengenakan apa-apa syarat baharu berkenaan dengan pendedahan yang dibenarkan oleh institusi kewangan Islam itu sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual 11 atau perenggan (1)(b).
Mana-mana orang yang menerima apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggan sebagaimana yang dibenarkan di bawah subseksyen (1) tidak boleh mendedahkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.
Dalam mana-mana prosiding di bawah perenggan 3, 4, 5, 6
atau 7 ruang pertama Jadual 11 atau hal keadaan yang diluluskan oleh
Bank di bawah perenggan (1)(b), jika apa-apa dokumen atau maklumat berkemungkinan akan didedahkan yang berhubungan dengan akaun pelanggan, mahkamah boleh atas usulnya sendiri, atau atas permohonan suatu pihak kepada prosiding itu atau pelanggan yang dokumen atau maklumat itu berhubungan—
memerintahkan supaya prosiding itu dijalankan secara tertutup dan dalam hal itu, dokumen atau maklumat itu hendaklah menjadi rahsia antara mahkamah dan pihak padanya, dan tiada pihak pun boleh mendedahkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain; dan
Perkhidmatan Kewangan Islam 157
membuat apa-apa perintah lanjut sebagaimana yang mahkamah berpendapat adalah perlu untuk memastikan kerahsiaan maklumat pelanggan itu.
Melainkan jika diperintahkan sebaliknya oleh mahkamah, tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau fotograf mana-mana pihak kepada prosiding itu sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen
, atau apa-apa dokumen atau maklumat berkemungkinan membawa kepada pengenalpastian pihak padanya, sama ada semasa berlangsungnya prosiding itu atau pada bila-bila masa selepas prosiding itu tamat.
Mana-mana orang yang gagal untuk mematuhi syarat yang dikenakan oleh Bank menurut subseksyen (2) atau (3) atau melanggar subseksyen (4) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Sekatan yang berhubungan dengan perlindungan pengguna
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII