Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian 3

148. Deposit Islam

Bagi maksud seksyen 149 dan 150, “deposit Islam” ertinya sejumlah wang atau apa-apa logam berharga atau batu berharga, atau apa-apa artikel atau benda sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Bank, disetuju terima, dibayar atau diserah mengikut

Shariah—

158 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(a)

atas terma yang akan dibayar balik atau dipulangkan secara penuh, tidak kira sama ada pembayaran balik atau pemulangan itu melalui cara ansuran, dengan atau tanpa perolehan, apa-apa bentuk sewaan, keuntungan, dividen atau manfaat, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau akan diberikan, atau apa-apa balasan lain dalam wang atau bernilai wang, sama ada atas permintaan atau pada suatu masa atau dalam hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat pembayaran itu atau penyerahan dan orang yang menerimanya; atau

(b)

di bawah perkiraan, atas terma yang menurutnya hasil di bawah perkiraan itu akan dibayar kepada orang yang membuat pembayaran sejumlah wang atau apa-apa logam berharga atau batu berharga, atau apa-apa artikel atau benda hendaklah tidak kurang daripada apa-apa jumlah wang atau apa-apa logam berharga atau batu berharga, atau apa-apa artikel atau benda, tetapi tidak termasuk wang yang dibayar secara bona fide—

(i)

melalui suatu pendahuluan atau suatu bahagian pembayaran di bawah suatu kontrak untuk jualan, sewaan atau penyediaan harta atau perkhidmatan lain, dan yang hanya boleh dibayar balik dalam hal harta atau perkhidmatan itu pada hakikatnya tidak dijual, disewa atau disediakan selainnya;

(ii)

melalui cagaran bagi pelaksanaan suatu kontrak atau melalui cagaran berkenaan dengan apa-apa kerugian yang berbangkit daripada suatu kontrak yang tidak dilaksanakan;

(iii)

tanpa mengehadkan perenggan (ii), melalui cagaran bagi penyerahan atau pemulangan apa-apa harta itu, sama ada dalam keadaan bagi pembaikan atau selainnya; dan

Perkhidmatan Kewangan Islam 159

(iv)

dalam apa-apa hal keadaan lain, atau untuk atau oleh mana-mana orang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2.

Report

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules