Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 3
151. Sekatan atas penggunaan perkataan tertentu
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank, tiada seorang pun boleh—
dalam namanya, perihalannya atau gelarannya yang di bawahnya orang itu menjalankan perniagaan atau melakukan perniagaannya, menggunakan—
perkataan “bank Islam” melainkan jika orang itu dilesenkan di bawah Akta ini untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam;
perkataan “takaful”, “insurans Islam” atau “asurans
Islam” melainkan jika orang itu diberi kuasa di bawah
Akta ini untuk menjalankan perniagaan takaful, perniagaan pembrokeran takaful atau perniagaan nasihat kewangan Islam;
perkataan
“penasihat kewangan
Islam”
melainkan jika orang itu diluluskan di bawah
Akta ini untuk menjalankan perniagaan nasihat kewangan Islam;
apa-apa terbitan perkataan dalam subperenggan (i),
atau (iii) dalam mana-mana bahasa; atau
apa-apa perkataan lain dalam mana-mana bahasa, yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan apa-apa perniagaan yang dibenarkan; atau
membuat apa-apa representasi yang mempunyai kesan seperti dalam perenggan (a) dalam apa-apa dokumen yang berhubungan dengan perniagaannya atau dokumen yang
Perkhidmatan Kewangan Islam 161
digunakan dalam penjalanan perniagaannya atau dalam apa-apa cara lain walau apa jua.
Sekatan dalam subseksyen (1) tidak terpakai bagi—
orang yang ditentukan dalam Bahagian 1 Jadual 12 bagi perkataan “bank Islam” dalam subperenggan (1)(a)(i);
orang yang ditentukan dalam Bahagian 2 Jadual 12 bagi perkataan “takaful”, “insurans Islam” atau “asurans Islam”
dalam subperenggan (1)(a)(ii); dan
orang yang ditentukan dalam Bahagian 3 Jadual 12 bagi perkataan
“penasihat kewangan
Islam”
dalam subperenggan (1)(a)(iii).
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII