Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian VI · Penyelarasan Dengan Entiti Kerajaan

37. Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan

Feedback & support
(1)

Hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Kelulusan dan

Pelaksanaan bagi setiap Negeri di mana pembangunan PR1MA sedang diusahakan yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi;

(b)

seorang wakil kanan Negeri;

(c)

seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan;

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 739

(d)

seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan;

(e)

seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawab bagi tanah;

(f)

seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawab bagi tenaga dan air;

(g)

Presiden atau Pesuruhjaya atau Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan;

(h)

Pengarah Perancang Negeri bagi Negeri itu atau dalam hal Wilayah Persekutuan, Pesuruhjaya yang dilantik di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190];

(i)

Pengarah Negeri Jabatan Tanah dan Galian; dan

(j)

tidak lebih daripada lima orang anggota lain yang dilantik oleh Perbadanan.

(2)

Seorang anggota silih ganti boleh dilantik—

(i)

bagi Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan dan

Pelaksanaan, oleh

Pengerusi

Jawatankuasa

Kelulusan dan Pelaksanaan; dan

(ii)

bagi anggota

Jawatankuasa

Kelulusan dan

Pelaksanaan selain daripada

Pengerusi

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, oleh anggota lain

Jawatankuasa

Kelulusan dan

Pelaksanaan, jika dia, atas apa-apa sebab, tidak dapat hadir mesyuarat

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan.

(3)

Apabila menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi

Perumahan Rakyat 1Malaysia 45

segala maksud disifatkan sebagai anggota Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan.

(4)

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah bertanggungjawab bagi—

(a)

mengkaji semula semua permohonan bagi Kelulusan yang dikehendaki berhubung dengan apa-apa pembangunan PR1MA;

(b)

menyelaraskan peranan dan obligasi kesemua Entiti

Kerajaan untuk memudahkan dan menyegerakan

Kelulusan yang telah dikaji semula di bawah perenggan

(a)

dan pelaksanaan pembangunan PR1MA yang dicadangkan;

(c)

mengambil atau mengesyorkan langkah dan tindakan pentadbiran yang sesuai bagi menyelesaikan apa-apa kesulitan atau isu yang timbul daripada proses

Kelulusan sebagaimana yang ditekankan oleh

Perbadanan;

(d)

mengkaji semula status pelaksanaan pembangunan

PR1MA yang dicadangkan itu; dan

(e)

memberikan apa-apa bantuan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh

Perbadanan berhubung dengan pembangunan PR1MA.

(5)

Dalam melaksanakan peranannya di bawah subseksyen (4),

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah mengambil kira objektif Perbadanan dan kepentingan negara.

(6)

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(7)

Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan dan

Pelaksanaan.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 739

(8)

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah menyebabkan—

(a)

minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Perbadanan secepat yang dapat dilaksanakan.

(9)

Apa-apa minit mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan dan

Pelaksanaan hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

(10)

Tiap-tiap mesyuarat

Jawatankuasa

Kelulusan dan

Pelaksanaan berkenaan dengan prosiding yang minitnya telah dibuat mengikut subseksyen (8) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

(11)

Anggota

Jawatankuasa

Kelulusan dan

Pelaksanaan bolehlah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(12)

Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a)

terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Jawatankuasa

Kelulusan dan Pelaksanaan; atau

(b)

terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

Perumahan Rakyat 1Malaysia 47

Report

Bahagian VII

Kewangan

Bahagian VIII

Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA

Bahagian IX

Tribunal Rayuan

Bahagian X

Schedules