Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian VI · Penyelarasan Dengan Entiti Kerajaan

38. Perkiraan dengan Entiti Kerajaan

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), Perbadanan boleh membuat perjanjian atau perkiraan dengan mana-mana Entiti

Kerajaan berkenaan dengan—

(a)

penjalanan oleh Perbadanan dan Entiti Kerajaan itu akan mana-mana fungsi dan kuasa mereka masing-masing;

(b)

penjalanan atau penyediaan oleh Perbadanan bagi Entiti

Kerajaan itu, atau oleh Entiti Kerajaan itu bagi

Perbadanan, akan apa-apa kerja atau perkhidmatan berhubung dengan pembangunan PR1MA dan kompleks

PR1MA; atau

(c)

pemungutan oleh Perbadanan bagi pihak Entiti Kerajaan apa-apa fi, kos, levi atau apa-apa caj lain yang dikehendaki, dicaj atau dikenakan secara sah oleh Entiti

Kerajaan itu.

(2)

Mana-mana perjanjian atau perkiraan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

dengan persetujuan Menteri yang dipertanggungkan dengan Entiti Kerajaan yang berkaitan bagi Kerajaan

Persekutuan dalam hal Entiti Kerajaan bagi Kerajaan

Persekutuan;

(b)

dengan persetujuan Kerajaan Negeri yang berkaitan dalam hal suatu Entiti Kerajaan Negeri; dan

(c)

tertakluk kepada dan mengikut undang-undang yang mengawal kuasa dan fungsi Entiti Kerajaan itu.

Report

Bahagian VII

Kewangan

Bahagian VIII

Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA

Bahagian IX

Tribunal Rayuan

Bahagian X

Schedules