Skip to content

Seksyen 29

Kuasa Menteri mengubah senarai kelengkapan, dsb., yang diluluskan

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 32 of 51
Seksyen 29
(1)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menjejaskan kuasa Menteri untuk mengubah suai, mengubah atau meminda apa-apa senarai kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya

(termasuk reka bentuk dan spesifikasinya) dalam perisytiharan yang disebut di bawah perenggan 28(1)(a) jika dia berpuas hati bahawa apa-apa pengubahsuaian, perubahan atau pemindaan adalah perlu bagi keselamatan nyawa atau harta.

(2)

Jika akibat dari apa-apa pengubahsuaian, perubahan atau pemindaan yang disebut di bawah subseksyen (1), kegunaan apa-apa

Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 31

kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan yang telah diluluskan terdahulu atau mana-mana bahagiannya menjadi berlawanan dengan seksyen 28, tiada apa-apa kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya boleh digunakan melainkan jika dibetulkan mengikut kehendak pengubahsuaian, perubahan atau pemindaan itu dan tertakluk pada apa-apa tempoh pembetulan sebagaimana dibenarkan oleh Menteri.