Skip to content

Seksyen 31

Pemakaian Bahagian ini

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 34 of 51
Seksyen 31
(1)

Peruntukan Bahagian ini terpakai bagi kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya yang digunakan atau dimaksud untuk digunakan bagi maksud perdagangan atau perindustrian.

(2)

Berhubungan dengan kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi maksud domestik, peruntukan Bahagian ini terpakai hanya bagi orang yang menjual atau menawarkan untuk dijual apa-apa kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan sedemikian atau mana-mana bahagiannya.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 302