Skip to content

Seksyen 30

Kesalahan

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 33 of 51
Seksyen 30

Mana-mana orang yang menggunakan, menjual atau menawarkan untuk dijual apa-apa kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya dengan melanggar seksyen 28 atau subseksyen 29(2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan denda tambahan sebanyak dua ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari atau sebahagian daripada satu hari yang kesalahan itu berterusan selepas hari pertama yang berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan.