Skip to content

Seksyen 89

Kuasa Pendaftar untuk membenarkan pindaan dokumen

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 89 of 101
Seksyen 89
(1)

Mana-mana pemohon, mana-mana orang yang membangkang pendaftaran suatu petunjuk geografi atau mana-mana orang lain yang terlibat dalam mana-mana prosiding di hadapan Pendaftar boleh memohon kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan untuk meminda apa-apa kesalahan perkeranian atau apa-apa kesilapan dalam—

(a)

suatu permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi;

(b)

suatu notis bangkangan;

(c)

suatu pernyataan balas; atau

(d)

apa-apa dokumen lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

(2)

Pendaftar boleh, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan adil oleh Pendaftar, membenarkan pindaan yang dimohon di bawah subseksyen (1) jika pindaan itu—

(a)

tidak memperluas dalam apa-apa cara hak yang diberikan oleh pendaftaran petunjuk geografi yang sedia ada; atau

(b)

tidak menjejaskan secara substansial kandungan dokumen yang difailkan dengan Pejabat Petunjuk Geografi.

Undang-Undang Malaysia 82

Akta 836