Seksyen 90
Kuasa Pendaftar untuk membenarkan pelanjutan masa
of Akta Petunjuk Geografi 2022
Jika, dalam mana-mana prosiding di hadapan Pendaftar, suatu masa dinyatakan yang dalamnya suatu perbuatan atau benda hendak dilakukan, Pendaftar boleh, melainkan jika diperuntukkan selainnya dengan nyata di bawah Akta ini atau diarahkan oleh Mahkamah, atas permohonan oleh orang itu atau ejen petunjuk geografi berdaftarnya dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan, melanjutkan masa itu sebelum habis tempohnya.
(2)
Jika atas sebab—
(a)
suatu kesilapan atau peninggalan oleh orang itu atau oleh ejen petunjuk geografi berdaftarnya;
(b)
hal keadaan di luar kawalan orang itu atau ejen petunjuk geografi berdaftarnya; atau
(c)
suatu kesilapan atau tindakan di pihak Pejabat Petunjuk
Geografi, suatu perbuatan, berhubung dengan permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi atau dalam prosiding di hadapan Pendaftar, yang dikehendaki untuk dilakukan dalam suatu masa tertentu belum dilakukan sedemikian, Pendaftar boleh melanjutkan masa untuk melakukan perbuatan itu walaupun masa itu telah habis tempoh.