Skip to content

Seksyen 96

Rayuan terhadap keputusan Pendaftar

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 96 of 101
Seksyen 96
(1)

Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan semakan kehakiman, mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar berhubung dengan perkara yang berikut boleh membuat rayuan kepada Mahkamah:

(a)

keputusan Pendaftar di bawah seksyen 9 mengenai sama ada apa-apa barang termasuk dalam suatu kategori barang yang dinyatakan dalam garis panduan atau arahan amalan di bawah seksyen 95;

Undang-Undang Malaysia 86

Akta 836

(b)

keputusan Pendaftar tentang syarat yang praktik yang membezakan petunjuk geografi homonim daripada petunjuk geografi terdahulu di bawah seksyen 11;

(c)

keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan pemeriksaan permohonan di bawah perenggan 12(5)(b);

(d)

keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pindaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi di bawah seksyen 15;

(e)

keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan prosiding bangkangan di bawah subseksyen 16(11);

(f)

keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pembetulan di bawah seksyen 21;

(g)

keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pembatalan sukarela di bawah seksyen 22;

(h)

keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan pemindahmilikan pendaftaran suatu petunjuk geografi berdaftar kepada orang lain di bawah seksyen 26;

(i)

keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan pendaftaran ejen petunjuk geografi di bawah seksyen 31;

(j)

keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pindaan dokumen di bawah seksyen 89.

(2)

Tatacara rayuan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut kaedah-kaedah mahkamah dalam perkara sivil.