Seksyen 94
Kos yang diawardkan oleh Pendaftar
of Akta Petunjuk Geografi 2022
Dalam semua prosiding di hadapan Pendaftar, Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan award kepada mana-mana pihak apa-apa kos termasuk penetapan kos sebagaimana yang difikirkannya sebagai munasabah dan untuk mengarahkan bagaimana dan oleh pihak mana kos itu hendak dibayar, dan apa-apa perintah itu boleh, dengan kebenaran Mahkamah, dilaksanakan mengikut cara yang sama dan mempunyai kesan yang sama sebagaimana suatu penghakiman atau perintah Mahkamah.
(2)
Suatu pihak kepada mana-mana prosiding di hadapan seorang Pendaftar yang berhasrat untuk mendapatkan kos atau menetapkan kos hendaklah memohon kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan.
(3)
Kos yang diawardkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1)
boleh, jika tidak dibayar, didapatkan balik dalam suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa sebagai hutang.