Seksyen 92
Cara memberikan keterangan
of Akta Petunjuk Geografi 2022
Bagi maksud subseksyen 38(1), dalam semua prosiding di hadapan Pendaftar, semua keterangan hendaklah diberikan dengan cara akuan berkanun dalam ketiadaan arahan yang sebaliknya tetapi dalam apa-apa hal yang difikirkan patut oleh Pendaftar,
Pendaftar boleh mengambil keterangan viva voce sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada keterangan melalui akuan berkanun.
(2)
Mana-mana akuan berkanun itu boleh, dalam hal suatu rayuan, digunakan di hadapan Mahkamah sebagai ganti keterangan melalui afidavit, tetapi jika digunakan sedemikian, hendaklah mempunyai segala nilai dan kesan keterangan yang sama sebagaimana keterangan melalui afidavit.
(3)
Dalam apa-apa tindakan atau prosiding yang berhubungan dengan suatu petunjuk geografi, Pendaftar atau Mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menerima sebagai keterangan amalan dan penggunaan perdagangan yang berkenaan atau amalan dan penggunaan perniagaan dalam penyediaan perkhidmatan yang berkenaan, dan apa-apa petunjuk geografi atau nama dagangan atau nama perniagaan atau cara gayanya yang berkenaan yang digunakan dengan sah oleh orang lain.
Undang-Undang Malaysia 84
Akta 836