Skip to content

Seksyen 95

Garis panduan atau arahan amalan oleh Pendaftar

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 95 of 101
Seksyen 95
(1)

Pendaftar boleh mengeluarkan garis panduan atau arahan amalan kepada mana-mana orang berhubung dengan apa-apa peruntukan Akta ini sebagaimana yang difikirkan perlu oleh

Pendaftar.

Petunjuk Geografi 85

(2)

Garis panduan atau arahan amalan yang dikeluarkan oleh

Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Jurnal

Rasmi Harta Intelek dan hendaklah berkuat kuasa mulai tarikh yang dinyatakan dalam garis panduan atau arahan amalan itu.

(3)

Mana-mana orang yang dinyatakan dalam peruntukan

Akta ini hendaklah mematuhi garis panduan dan arahan amalan itu.

(4)

Pendaftar boleh meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa garis panduan atau arahan amalan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(5)

Subseksyen (2) dan (3) hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa pindaan garis panduan atau arahan amalan yang dibuat di bawah subseksyen (4).

(6)

Mana-mana orang, pemohon atau tuan punya berdaftar yang tidak mematuhi apa-apa garis panduan atau arahan amalan yang dikeluarkan oleh Pendaftar, jika garis panduan atau arahan amalan itu terpakai bagi orang, pemohon atau tuan punya berdaftar itu—

(a)

disifatkan sebagai telah gagal memenuhi kehendak sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar yang menjadikan permohonan itu sebagai ditarik balik, luput, ditolak, dibatalkan atau apa-apa status lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; atau

(b)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.