Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian IV · Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara

36. Peguam bela dan peguam cara hendaklah ada nama mereka dalam Daftarai sebelum menjalankan amalan

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada seksyen ini, tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara melainkan jika namanya ada dalam Daftarai dan dia mempunyai suatu sijil amalan yang sah yang membenarkan dia melakukan perbuatan itu; seseorang yang tidak berkelayakan sedemikian disebut dalam Akta ini “orang tidak diberi kuasa”.

(2)

Seseorang Hakim, boleh atas permohonan yang dibuat dalam

Kamar oleh seorang Pengajar pada masa bermulanya latihan pelatih

Pengajar itu, membuat suatu perintah yang membenarkan pelatih itu hadir bagi pihak Pengajar atau firma yang Pengajar itu sedang menjalankan amalan—

(a)

sepanjang tempoh tiga bulan dari tarikh perintah itu—

(i)

di hadapan Hakim atau Pendaftar Mahkamah

Tinggi, dalam Kamar;

(ii)

di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen atau

Majistret, dalam Kamar;

Profesion Undang-Undang 49

(iii)

di hadapan Pendaftar Mahkamah Rendah, untuk menyebut kes, termasuk mencatatkan penghakiman ingkar, atau memohon jaminan atau mengambil penghakiman persetujuan atau perintah; dan

(b)

pada masa tamatnya tempoh tiga bulan tersebut dalam kamar di Mahkamah Tinggi dan di Mahkamah Rendah dan di hadapan mana-mana Majistret, untuk menjalankan apa-apa guaman atau perkara.

(3)

Hakim hendaklah membuat perintah yang disebut dalam subseksyen (2) jika difikirkannya patut dan munasabah untuk berbuat demikian dengan syarat sentiasanya bahawa kedua-dua Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri telah disampaikan permohonan itu dan telah mendapat peluang didengar mengenai permohonan itu.

(4)

Tempoh latihan hendaklah bermula pada tarikh pemfailan petisyen yang disebut dalam subseksyen 15(5).

(5)

Pengajar pelatih, Majlis Peguam atau Jawatankuasa Peguam

Negeri boleh memohon pada bila-bila masa di sepanjang latihan seseorang pelatih kepada mana-mana Hakim dalam Kamar untuk mendapatkan perubahan atau pembatalan perintah yang disebut dalam subseksyen (2) dan Hakim hendaklah atas permohonan itu membuat apa-apa perintah yang dalam segala hal keadaan didapatinya adalah untuk kepentingan utama profesion itu.

(6)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang seseorang pegawai undang-undang daripada menjalankan apa-apa tugasnya tanpa memegang suatu sijil amalan atau menjadikan seorang pegawai undang-undang yang tidak mempunyai sijil amalan yang sah sebagai orang tidak diberi kuasa.

Report

Bahagian V

Badan Peguam Malaysia

Bahagian VI

Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules