Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian IV · Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara
40K. Penggantungan atau pembatalan pendaftaran
Feedback & supportMajlis Peguam boleh, melalui notis bertulis, menggantung atau membatalkan pendaftaran peguam asing di bawah seksyen 40J jika Majlis Peguam berpuas hati bahawa ada sebab yang mencukupi untuk berbuat demikian.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), pendaftaran peguam asing di bawah Bahagian ini hendaklah digantung atau dibatalkan jika —
lesen perkongsian antarabangsa atau lesen firma guaman asing berkelayakan yang dikeluarkan berkenaan dengan perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 40I;
peguam asing itu melanggar mana-mana peruntukan yang berhubungan dengan permit kerjanya atau apa-apa undang-undang imigresen yang berkenaan di Malaysia;
peguam asing yang diguna khidmat dalam suatu firma guaman Malaysia tidak lagi diberi kuasa dengan sempurna atau didaftarkan untuk menjalankan amalan undang-undang di suatu negara atau wilayah selain
Profesion Undang-Undang 67
Malaysia akibat daripada prosiding jenayah, sivil atau tatatertib; atau
peguam asing itu telah didapati bersalah oleh Lembaga
Tatatertib atas apa-apa salah laku tatatertib dan Lembaga
Tatatertib telah mengesyorkan penggantungan atau pembatalan pendaftaran peguam asing itu.