Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian IV · Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara
40J. Section 40J
Feedback & supportSeseorang peguam asing tidak boleh menjalankan amalan dalam suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia, atau mengikut apa-apa cara yang lain, melainkan jika dia telah didaftarkan di bawah seksyen ini.
Seseorang peguam asing yang memenuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan dan berhasrat untuk menjalankan amalan dalam suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia boleh memohon kepada
Majlis Peguam untuk didaftarkan bagi menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan dalam suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman
Malaysia.
Setelah menerima permohonan itu, Majlis Peguam hendaklah merujuk permohonan itu kepada Jawatankuasa Pemilihan untuk pertimbangan dan syor.
Majlis Peguam hendaklah, atas syor Jawatankuasa Pemilihan, membenarkan atau menolak permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (2).
Suatu permohonan yang telah dibenarkan di bawah subseksyen (4) adalah tertakluk kepada —
apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Majlis Peguam untuk dikenakan dalam mana-mana hal tertentu; dan
pembayaran fi pendaftaran kepada Majlis Peguam pada masa dan mengikut apa-apa cara yang boleh ditetapkan.
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
Pendaftaran seseorang peguam asing di bawah seksyen ini hendaklah berkenaan dengan suatu tahun kalendar dan boleh diperbaharui setiap tahun tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Peguam.
Seseorang peguam asing yang berdaftar di bawah seksyen ini boleh menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan melalui suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia.
Mana-mana peguam asing yang gagal mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.