Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian IV · Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara
40G. Firma guaman asing berkelayakan
Feedback & supportSuatu firma guaman asing boleh memohon untuk suatu lesen firma guaman asing berkelayakan jika ia memenuhi syarat-syarat yang difikirkan patut oleh Majlis Peguam dikenakan dalam mana-mana hal tertentu.
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
Setelah menerima permohonan itu, Majlis Peguam hendaklah merujuk permohonan itu kepada Jawatankuasa Pemilihan untuk pertimbangan dan syor.
Majlis Peguam hendaklah, atas syor Jawatankuasa Pemilihan, membenarkan suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
atas apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Majlis Peguam untuk dikenakan dalam mana-mana hal tertentu atau menolak permohonan itu.
Suatu firma guaman asing berkelayakan hendaklah membayar kepada Majlis Peguam fi lesen tersebut pada masa dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.
Majlis Peguam boleh, melalui notis bertulis —
mengenakan apa-apa syarat baharu atau tambahan ke atas lesen; atau
mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen.
Majlis Peguam boleh memperbaharui suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen ini bagi suatu tempoh dan atas syarat-syarat yang boleh ditentukan oleh Majlis Peguam.
Suatu firma guaman asing berkelayakan berhak untuk menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan mengikut apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Peguam.
Seseorang peguam Malaysia yang diguna khidmat di dalam suatu firma guaman asing berkelayakan hilang kelayakan daripada mendapat sijil amalan di bawah Bahagian III.