Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian IV · Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara

40F. Perkongsian antarabangsa

Feedback & support
(1)

Suatu firma guaman asing dan firma guaman Malaysia boleh memohon secara bersama kepada Majlis Peguam untuk suatu lesen perkongsian antarabangsa jika memenuhi syarat-syarat yang difikirkan patut oleh Majlis Peguam dikenakan dalam mana-mana hal tertentu.

(2)

Suatu firma guaman asing tidak boleh menjadi pihak kepada lebih daripada satu perkongsian antarabangsa di Malaysia pada satu-satu masa.

(3)

Setelah menerima suatu permohonan, Majlis Peguam hendaklah merujuk permohonan itu kepada Jawatankuasa Pemilihan untuk pertimbangan dan syor.

(4)

Majlis Peguam hendaklah, atas syor Jawatankuasa Pemilihan, membenarkan suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

atas apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Majlis Peguam dikenakan dalam mana-mana hal tertentu atau menolak permohonan itu.

Profesion Undang-Undang 61

(5)

Suatu perkongsian antarabangsa hendaklah membayar kepada

Majlis Peguam fi lesen tersebut pada masa dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.

(6)

Majlis Peguam boleh, melalui notis bertulis —

(a)

mengenakan apa-apa syarat baharu atau tambahan ke atas lesen; atau

(b)

mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen.

(7)

Majlis Peguam boleh memperbaharui suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen ini bagi suatu tempoh dan atas syarat–syarat yang boleh ditentukan oleh Majlis Peguam.

(8)

Suatu perkongsian antarabangsa berhak untuk —

(a)

menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan mengikut mana-mana syarat yang ditetapkan;

(b)

mengenakan bayaran ke atas anak guamnya sebagai suatu firma guaman; dan

(c)

menuntut balik kos dan mengekalkan bayaran berkenaan dengan firma itu.

(9)

Pegangan ekuiti dan hak mengundi yang dibenarkan bagi firma guaman asing dalam perkongsian antarabangsa itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan dari semasa ke semasa.

Report

Bahagian V

Badan Peguam Malaysia

Bahagian VI

Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules