Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian IV · Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara
40L. Kelakuan profesional, etika dan akaun
Feedback & supportPerkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan dan peguam asing berdaftar hendaklah mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan dan arahan yang terpakai ke atas peguam bela dan peguam cara di bawah Akta ini yang berhubungan dengan kelakuan atau etika profesional.
Seksyen 79 dan mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya adalah terpakai bagi seseorang peguam asing yang berdaftar di bawah seksyen 40J dengan apa-apa ubah suaian yang ditetapkan oleh Majlis
Peguam.
Bagi mengelakkan keraguan, tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh menjejaskan apa-apa keistimewaan peguam cara dan klien yang mungkin wujud berasingan dalam Bahagian ini.