Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian V · Badan Peguam Malaysia

71. Pemisahan gabungan Badan Peguam

Feedback & support
(1)

Jika bilangan ahli dalam setiap Negeri yang menubuhkan suatu gabungan Badan Peguam lebih daripada sepuluh, ahli Badan

Peguam bagi sesuatu Negeri boleh, dalam mana-mana mesyuarat agung yang dipanggil bagi maksud itu, meluluskan dengan undi terbanyak ahli yang hadir dan mengundi suatu ketetapan supaya gabungan Badan Peguam itu dipisahkan.

(2)

Satu bulan selepas diluluskan ketetapan itu, gabungan Badan

Peguam itu hendaklah dipisahkan, dan ahli dalam setiap Negeri yang menubuhkan gabungan Badan Peguam itu hendaklah selepas itu menubuhkan suatu Badan Peguam Negeri yang berasingan.

(3)

Pengerusi mesyuarat yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah melaporkan kelulusan apa-apa ketetapan kepada Pendaftar dan kepada Majlis Peguam.

(4)

Jika bilangan ahli dalam satu daripada Negeri yang menubuhkan suatu gabungan Badan Peguam tidak lebih daripada sepuluh, ahli Badan Peguam bagi Negeri itu boleh memisahkan diri mereka daripada ahli Badan Peguam bagi Negeri yang satu lagi itu jika—

94 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(a)

bilangan ahli dalam Negeri yang satu lagi itu lebih daripada sepuluh; dan

(b)

ahli Badan Peguam bagi Negeri yang pertama disebut itu telah mendapat suatu Negeri lain yang ahli Badan

Peguamnya telah menyatakan kemahuan mereka dengan undi lebih suara ahlinya dalam suatu mesyuarat agung untuk bergabung dengan ahli Badan Peguam bagi Negeri yang pertama disebut itu.

(c)

(Dipotong oleh Akta A567).

(5)

Subseksyen (2) dan (3) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pemisahan sesuatu gabungan Badan Peguam yang dilakukan menurut subseksyen (4).

(6)

Jika pemisahan berlaku menurut seksyen ini, aset Badan

Peguam gabungan terdahulu hendaklah dibahagikan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 68(6) mutatis mutandis.

Report

Bahagian VI

Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules