Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian V · Badan Peguam Malaysia
72. Mesyuarat Jawatankuasa Badan Peguam Negeri
Feedback & supportSetiap Jawatankuasa Badan Peguam Negeri hendaklah bermesyuarat pada waktu dan di tempat yang ditetapkan oleh
Pengerusi.
Setiap Jawatankuasa Badan Peguam Negeri hendaklah mengawal selia penjalanannya mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut; kecuali kuorumnya tidak boleh kurang daripada tiga orang ahli yang hadir sendiri:
Dengan syarat bahawa suatu ketetapan yang diedarkan dan ditandatangani oleh tidak kurang daripada tiga orang ahlinya atau oleh semua ahlinya yang berada di Malaysia mengikut mana-mana yang lebih banyak pada tarikh lulusnya ketetapan itu hendaklah disifatkan sebagai telah diluluskan dalam suatu mesyuarat Jawatankuasa Badan
Peguam Negeri yang diadakan dengan sempurna.
Profesion Undang-Undang 95