Seksyen 34
Pendengaran
of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009
Bagi maksud sesuatu penyiasatan, Suruhanjaya boleh mengadakan pendengaran jika difikirkan perlu atau suai manfaat oleh
Suruhanjaya.
(2)
Sesuatu pendengaran hendaklah dipengerusikan oleh apa-apa bilangan Pesuruhjaya yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya berdasarkan kes demi kes.
(3)
Seseorang yang hadir di sesuatu pendengaran adalah berhak untuk dimaklumkan mengenai ruang lingkup dan maksud am pendengaran itu, melainkan jika Suruhanjaya berpendapat bahawa untuk menzahirkan maklumat sedemikian akan menjejaskan dengan serius penyiasatan yang berkenaan.
(4)
Suruhanjaya boleh dibantu oleh seorang pegawai undang-undang yang dilantik di bawah seksyen 14.