Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 · Updated to 8 Sep 2023 · Bahagian V · Kuasa Penyiasatan
39. Dokumen, jawapan, dsb., yang terlindung
Feedback & supportSeseorang saksi yang dipanggil untuk hadir atau yang hadir di hadapan Suruhanjaya di sesuatu pendengaran tidak boleh enggan—
untuk mengangkat sumpah atau membuat ikrar;
untuk menjawab apa-apa soalan yang berkaitan dengan sesuatu penyiasatan yang ditanyakan kepada saksi itu oleh
Pesuruhjaya di pendengaran itu; atau
untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang berada dalam jagaan atau kawalan saksi itu yang dikehendaki oleh saman itu atau oleh Pesuruhjaya supaya dikemukakan oleh saksi itu.
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 700
Seseorang saksi yang dipanggil hadir atau yang hadir di hadapan Suruhanjaya di sesuatu pendengaran tidak dikecualikan daripada menjawab apa-apa soalan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain atas alasan bahawa jawapan, dokumen atau benda lain itu boleh menunjukkan kesalahan saksi itu atau cenderung untuk menunjukkan kesalahan saksi itu, atau atas apa-apa alasan terlindung yang lain, kewajipan simpan rahsia atau sekatan lain mengenai penzahiran, atau atas apa-apa alasan lain.
Sesuatu jawapan yang dibuat, atau dokumen atau benda lain yang dikemukakan, oleh seseorang saksi di sesuatu pendengaran di hadapan Suruhanjaya tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadap mana-mana orang dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, tetapi boleh digunakan untuk memutuskan sama ada untuk membuat sesuatu perintah bagi maksud apa-apa prosiding tatatertib yang diadakan oleh
Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.
Tiada apa-apa dalam seksyen ini menjadikan tidak boleh diterima—
apa-apa jawapan, dokumen atau benda lain dalam prosiding bagi suatu kesalahan terhadap Akta ini atau dalam prosiding untuk penghinaan di bawah Akta ini;
apa-apa jawapan, dokumen atau benda lain dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah jika saksi itu tidak membantah memberikan jawapan atau mengemukakan dokumen atau benda lain walau apa pun peruntukan subseksyen (2); atau
apa-apa dokumen dalam apa-apa prosiding sivil bagi atau berkenaan dengan apa-apa hak atau liabiliti yang diberikan atau dikenakan oleh dokumen atau benda lain itu.