Seksyen 42
Senarai benda yang disita
of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009
Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Akta ini,
Pesuruhjaya atau anggota Pasukan Petugas yang membuat
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 37
penyitaan itu hendaklah menyediakan senarai mengenai tiap-tiap kenderaan, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita dan mengenai tempat di mana kenderaan, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu.
(2)
Senarai itu hendaklah diberikan kepada—
(a)
penghuni tempat atau premis di mana kenderaan, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita itu dijumpai; dan
(b)
orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu, jika penyitaan dibuat berkenaan dengan kenderaan atau apa-apa jua yang terdapat di dalam kenderaan itu.
(3)
Jika penyitaan dibuat dalam atau dari mana-mana tempat atau premis yang tidak dihuni, Pesuruhjaya atau anggota Pasukan
Petugas itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan suatu senarai benda yang disita secara yang mudah dilihat di tempat atau premis itu.