Skip to content

Seksyen 41

Bilamana

of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009

ActIn forceProvision 41 of 55
Seksyen 41

Pesuruhjaya atau anggota

Pasukan

Petugas mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa kenderaan, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan tentang salah laku berkemungkinan dijumpai di dalam atau pada mana-mana tempat, premis, orang atau kenderaan dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran di bawah seksyen 40 matlamat penggeledahan itu mungkin terkecewa, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan kekerasan yang perlu—

(a)

memasuki dan menggeledah tempat atau premis itu;

(b)

memberhentikan dan memeriksa orang atau kenderaan itu; dan

(c)

menyita apa-apa kenderaan, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dijumpai dan boleh menjadi keterangan bagi salah laku itu.