Skip to content

Seksyen 33

Obligasi di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat

of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009

ActIn forceProvision 33 of 55
Seksyen 33
(1)

Tertakluk pada apa-apa had yang diperuntukkan di bawah

Akta ini, tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya atau anggota Pasukan Petugas supaya memberikan apa-apa maklumat

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 31

mengenai apa-apa perkara yang Pesuruhjaya atau anggota Pasukan

Petugas itu mempunyai kewajipan untuk menyiasatnya di bawah

Akta ini, dan yang orang itu berkuasa memberikannya, hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat itu.

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.