Seksyen 38
Pemeriksaan saksi
of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009
ActIn forceProvision 38 of 55
Seksyen 38
(1)
Seseorang yang dibenarkan atau dikehendaki hadir di sesuatu pendengaran atau pengamal undang-undangnya boleh, dengan kebenaran Suruhanjaya, memeriksa mana-mana saksi mengenai apa-apa perkara yang didapati berkaitan oleh Suruhanjaya.
(2)
Pegawai undang-undang yang dilantik oleh Suruhanjaya untuk membantunya boleh memeriksa mana-mana saksi mengenai apa-apa perkara yang didapati berkaitan oleh Suruhanjaya.
(3)
Seseorang saksi yang diperiksa di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai perlindungan yang sama dan tertakluk pada liabiliti yang sama seolah-olah diperiksa oleh seorang Pesuruhjaya.