Seksyen 35
Pendengaran awam dan tertutup
of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009
Semua pendengaran adalah terbuka kepada orang ramai.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu pendengaran atau sebahagian daripada pendengaran boleh diadakan secara tertutup jika
Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 700
(a)
maklumat atau dokumen yang boleh diberikan, atau perkara yang mungkin berbangkit semasa pendengaran awam atau sebahagian daripada pendengaran itu bersifat rahsia; atau
(b)
pendengaran itu atau sebahagian daripada pendengaran itu mengenai sesuatu perkara atau sebahagian daripada sesuatu perkara tidak sesuai bagi pentadbiran wajar Akta ini jika pendengaran atau sebahagian daripada pendengaran itu dibuka kepada orang ramai.
(3)
Dalam membuat keputusan ini, Suruhanjaya mempunyai obligasi untuk mengambil kira apa-apa perkara yang didapatinya berkaitan dengan kepentingan awam.
(4)
Suruhanjaya boleh memberikan arahan tentang orang yang boleh hadir di sesuatu pendengaran apabila pendengaran itu diadakan secara tertutup, dan tiada seorang pun boleh hadir di pendengaran itu berlanggaran dengan apa-apa arahan sedemikian.