Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian III · Kewangan

31E. Section 31E

Feedback & support

(1)

Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 31F, tanggungjawab

Lembaga

Pemantauan

Audit dalam membantu

Suruhanjaya menunaikan fungsinya, adalah seperti yang berikut:

48

Undang-Undang Malaysia

(a)

melaksanakan dasar dan program bagi memastikan suatu sistem pemantauan audit yang berkesan di Malaysia;

(b)

mendaftarkan atau mengiktirafkan juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual bagi maksud Akta ini;

(c)

mengarahkan

Institut

Akauntan

Malaysia supaya mengadakan atau menerima pakai, atau melalui kedua-duanya, piawaian pengauditan dan etika yang hendaklah dipakai oleh juruaudit;

(d)

menjalankan pemeriksaan dan program pemantauan ke atas juruaudit untuk menilai tahap pematuhan piawaian pengauditan dan etika;

(e)

menjalankan siasatan dan mengenakan sanksi yang sesuai terhadap juruaudit yang tidak mematuhi piawaian pengauditan dan etika;

(f)

bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam merumuskan dan melaksanakan strategi bagi penambahbaikan tahap penzahiran kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual;

(g)

berhubung dan bekerjasama dengan badan pemantauan di luar Malaysia untuk menambah baik kedudukan profesion pengauditan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa;

(ga)

untuk menjalankan pemeriksaan ke atas orang sebagaimana yang ditentukan di bawah perenggan 31B(d); dan

(h)

melaksanakan apa-apa kewajipan atau fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga Pemantauan

Audit sebagai perlu atau sesuai untuk menggalakkan piawaian profesional yang tinggi bagi juruaudit dan untuk

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 49

membaiki kualiti perkhidmatan audit yang diberikan oleh juruaudit.

(2)

Lembaga

Pemantauan

Audit hendaklah melaksanakan tanggungjawab di bawah subseksyen (1) bagi pihak dan atas nama

Suruhanjaya.

31EA.

Lembaga Pemantauan Audit boleh menubuhkan jawatankuasa

(1)

Lembaga Pemantauan Audit boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat untuk membantu dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen 31E(1).

(2)

Lembaga Pemantauan Audit boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa, tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga

Pemantauan Audit.

(3)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam melaksanakan tanggungjawabnya, hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh

Lembaga Pemantauan Audit.

(4)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(5)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

(6)

Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (5) untuk menghadiri mana-mana

50

Undang-Undang Malaysia mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga

Pemantauan Audit.

(7)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(8)

Lembaga Pemantauan Audit boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa.

(9)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang dialamatkan kepada pengerusi eksekutif Lembaga Pemantauan Audit.

(10)

Jawatankuasa hendaklah menyebabkan—

(a)

minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit semua mesyuaratnya diserahkan kepada

Lembaga Pemantauan Audit seberapa segera yang boleh dilaksanakan.

(11)

(Dipotong oleh Akta A1489).

(12)

Tiap-tiap mesyuarat jawatankuasa yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat menurut subseksyen (10) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

(13)

Seseorang anggota jawatankuasa yang secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui anggota keluarganya, apa-apa kepentingan mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan oleh jawatankuasa hendaklah menzahirkan kepada jawatankuasa hakikat dan jenis kepentingannya.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 51

(14)

Penzahiran di bawah subseksyen (13) hendaklah direkodkan dalam minit jawatankuasa, dan selepas penzahiran itu, anggota yang mempunyai kepentingan dalam pekara itu—

(a)

tidak boleh mengambil bahagian mahu pun hadir dalam apa-apa pertimbangan atau keputusan jawatankuasa itu; dan

(b)

tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk korum jawatankuasa berhubung dengan perkara itu.

(15)

Walau apa pun subseksyen (13) dan (14), tiada tindakan atau prosiding jawatankuasa itu boleh menjadi tidak sah atas alasan mana-mana anggota jawatankuasa itu telah melanggar peruntukan subseksyen itu.

Suruhanjaya boleh memberikan arahan am atau khusus kepada

Lembaga Pemantauan Audit

Report

Bahagian IV

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Bahagian V

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules