Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian III · Kewangan

31L. Section 31L

Feedback & support
(1)

Lembaga Pemantauan Audit hendaklah, dalam masa tiga bukan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyediakan suatu laporan mengenai aktivitinya dalam tahun kewangan itu dan menghantar suatu salinan laporan itu kepada Suruhanjaya.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), laporan itu hendaklah menyatakan—

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 55

(a)

penilaian Lembaga Pemantauan Audit tentang prestasi dan keberkesanannya dalam menunaikan tanggungjawabnya di bawah seksyen 31E;

(b)

penilaian tentang risiko signifikan yang berhubungan dengan kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan entiti berkepentingan awam dan kumpulan wang jadual sebagaimana yang dikenal pasti oleh

Lembaga

Pemantauan Audit dalam perjalanan pemeriksaan dan siasatannya, dan langkah-langkah penting yang disyorkan oleh Lembaga Pemantauan Audit untuk mengatasi risiko itu;

(c)

sistem, tatacara dan amalan yang digunakan oleh

Lembaga Pemantauan Audit untuk menilai keberkesanan operasinya; dan

(d)

apa-apa perkara lain yang menjejaskan penjalanan fungsi

Lembaga Pemantauan Audit.

(3)

Suruhanjaya hendaklah menyebabkan suatu salinan laporan tahunan dikemukakan kepada Menteri.

(4)

Suruhanjaya hendaklah menyimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan akaun itu.

(5)

Akaun Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit hendaklah disimpan berasingan daripada akaun Suruhanjaya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 29.

(6)

Suruhanjaya hendaklah menyebabkan penyata akaun

Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit diaudit oleh juruaudit yang dilantik oleh Suruhanjaya.

(7)

Suruhanjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, menghantar suatu salinan penyata akaun Kumpulan Wang

Lembaga Pemantauan Asia yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada

Menteri yang hendaklah

56

Undang-Undang Malaysia menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis

Parlimen.

Report

Bahagian IV

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Bahagian V

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules