Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian III · Kewangan
31N. Section 31N
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun boleh, melainkan jika dia didaftarkan sebagai juruaudit berdaftar atau diiktirafkan sebagai juruaudit yang diiktiraf di bawah Penggal ini—
mengemukakan dirinya atau bertindak sebagai juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual;
dengan disedarinya bersetuju untuk dilantik dan dengan disedarinya bertindak sebagai juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual; atau
menyediakan untuk atau bagi pihak entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual apa-apa laporan yang dikehendaki oleh Akta Syarikat 1965 supaya disediakan oleh seseorang juruaudit.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 57
Permohonan bagi pendaftaran atau pengiktifaran sebagai juruaudit entity berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual