Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian III · Kewangan

31Q. Kuasa untuk membatalkan, menarik balik atau menggantung pendaftaran atau pengiktirafan

Feedback & support
(1)

Lembaga Pemantauan Audit boleh, pada bila-bila masa—

(a)

membatalkan atau menggantung pendaftaran; atau

(b)

menarik balik atau menggantung pengiktirafan, seseorang juruaudit jika—

(A)

terdapat alasan yang membolehkan Lembaga

Pemantauan Audit menolak sesuatu permohonan di bawah subseksyen 31P(1) atau (1A

(B)

juruaudit itu melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Lembaga Pemantauan

Audit berkenaan dengan pendaftarannya atau pengiktirafannya di bawah Bahagian ini; atau

(C)

juruaudit gagal membayar apa-apa fi yang ditentukan oleh Lembaga Pemantauan Audit.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 61

(2)

Penggantungan di bawah subseksyen (1) boleh dilanjutkan atau dibatalkan pada bila-bila masa oleh Lembaga Pemantauan Audit sebagaimana yang difikirkannya sesuai.

(3)

Jika Lembaga Pemantauan Audit berhasrat untuk—

(a)

membatalkan atau menggantung pendaftaran; atau

(b)

menarik balik atau menggantung pengiktirafan, di bawah subseksyen (1) atau (2), ia hendaklah memberi juruaudit tersebut suatu peluang untuk didengar dengan menyampaikan suatu notis bertulis kepada juruaudit berkenaan yang menyatakan alasan bagi pembatalan, penarikan balik atau penggantungan itu.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1403).

(5)

Bagi maksud Bahagian ini, seseorang juruaudit yang pendaftarannya telah dibatalkan atau digantung atau pengiktirafannya telah ditarik balik atau digantung, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan tidak didaftar atau diiktiraf sebagai juruaudit dari tarikh pembatalan, penarikan balik atau penggantungan itu berkuat kuasa atau apa-apa tarikh lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga Pemantauan Audit.

Report

Bahagian IV

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Bahagian V

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules