Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian III · Kewangan

31G. Penzahiran kepentingan

Feedback & support
(1)

Seseorang anggota Lembaga Pemantauan Audit yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui anggota keluarganya, apa-apa kepentingan mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga Pemantauan Audit hendaklah menzahirkan kepada Lembaga itu hakikat dan jenis kepentingannya.

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga Pemantauan Audit dan, selepas penzahiran itu, anggota yang mempunyai kepentingan dalam perkara itu—

52

Undang-Undang Malaysia

(a)

tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan

Lembaga

Pemantauan Audit; dan

(b)

tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga Pemantauan Audit.

(3)

Mana-mana anggota Lembaga Pemantauan Audit yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Lembaga Pemantauan Audit boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota

Lembaga Pemantauan Audit telah melanggar peruntukan seksyen ini.

Report

Bahagian IV

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Bahagian V

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules