Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian III · Kewangan
31U. Piawaian pengauditan dan etika
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Lembaga
Pemantauan Audit hendaklah menerima pakai piawaian pengauditan dan etika yang hendaklah dipatuhi oleh seseorang juruaudit setakat dan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya sesuai.
Bagi maksud mengadakan piawaian pengauditan dan etika,
Lembaga Pemantauan Audit boleh mengadakan atau membenarkan kakitangannya mengadakan jawatankuasa penasihat sebagaimana yang sesuai, yang boleh terdiri daripada akauntan dan pakar lain, dan pemegang kepentingan yang lain, untuk membantu Lembaga
Pemantauan Audit mengenai kandungan piawaian pengauditan dan etika.
Lembaga Pemantauan Audit boleh mengarahkan Institut
Akauntan Malaysia supaya mengadakan atau meminda piawaian pengauditan dan etika yang hendaklah dipatuhi oleh seseorang juruaudit.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 63