Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian III · Kewangan

31P. Section 31P

Feedback & support

(1)

Lembaga Pemantauan Audit boleh menolak pendaftaran seseorang pemohon jika Lembaga Pemantauan Audit berpuas hati bahawa pemohon itu—

(a)

bukan atau terhenti menjadi juruaudit yang diluluskan di bawah seksyen 8 Akta Syarikat 1965;

(b)

telah disabitkan—

(i)

di dalam atau di luar Malaysia, atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan lain;

(ii)

atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perlindungan orang awam terhadap kerugian kewangan yang disebabkan oleh—

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 59

(A)

Kecurangan, ketidakkompetenan atau salah amalan oleh orang berkenaan dalam mengadakan perkhidmatan kewangan atau pengurusan syarikat; atau

(B)

perbuatan bankrap yang dilepaskan atau yang belum dilepaskan.

(c)

telah melibatkan diri dalam apa-apa amalan yang menunjukkan ketidakbolehpercayaan terhadap keupayaannya untuk memenuhi piawaian pengauditan profesional;

(d)

merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan di dalam atau di luar Malaysia;

(e)

tertakluk kepada sanksi yang dikenakan di bawah seksyen 31Z; atau

(f)

tidak mematuhi mana-mana kehendak lain Bahagian ini atau mana-mana notis bertulis atau garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini.

(1A)

Lembaga

Pemantauan

Audit boleh menolak untuk mengiktirafkan seseorang pemohon sebagai juruaudit yang diiktiraf jika Lembaga Pemantauan Audit berpuas hati bahawa pemohon itu—

(a)

termasuk dalam perenggan (1)(b), (c), (d) atau (f);

(b)

telah tertakluk kepada apa-apa hukuman yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa asing yang berkaitan;

(c)

belum diluluskan oleh pihak berkuasa asing yang berkaitan untuk menyediakan penyata kewangan teraudit;

atau

(d)

tidak diawasi oleh suatu pihak berkuasa asing yang berkaitan.

60

Undang-Undang Malaysia

(2)

Jika Lembaga Pemantauan Audit menolak—

(a)

pendaftaran seseorang pemohon sebagai juruaudit berdaftar; atau

(b)

pemberian pengiktiran seseorang pemohon sebagai juruaudit yang diiktiraf,

Lembaga Pemantauan Audit hendaklah memberi pemohon itu suatu peluang untuk didengar dengan menyampaikan suatu notis bertulis kepada pemohon dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1403).

Report

Bahagian IV

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Bahagian V

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules