Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian III · Kewangan

31O. Section 31O

Feedback & support

(1)

Bagi maksud Akta ini, suatu permohonan untuk—

(a)

pendaftaran sebagai juruaudit berdaftar; atau

(b)

pengiktirafan sebagai juruaudit yang diiktiraf, hendaklah dibuat kepada Lembaga Pemantauan Audit.

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah dibuat dalam bentuk yang ditentukan oleh

Lembaga Pemantauan Audit; dan

(b)

hendaklah disertai dengan—

(i)

fi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya; dan

(ii)

apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga Pemantauan

Audit.

(3)

Lembaga Pemantauan Audit boleh semasa—

(a)

pendaftaran seseorang pemohon sebagai juruaudit berdaftar; atau

(b)

pemberian pengiktirafan seseorang pemohon sebagai juruaudit yang diktiraf, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang Lembaga fikirkan perlu atau suai manfaat dan dari semasa ke semasa meminda mana-mana syarat sedemikian atau mengenakan syarat baharu atau syarat tambahan.

58

Undang-Undang Malaysia

(4)

Lembaga Pemantauan Audit hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepada juruaudit yang berkenaan tentang pindaan mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3), dan syarat-syarat itu yang dipinda sedemikian atau syarat baharu atau syarat tambahan itu hendaklah berkuat kuasa pada masa notis itu disampaikan atau pada bila-bila masa sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, mengikut mana-mana yang terkemudian.

(5)

Tertakluk kepada seksyen 31P, Lembaga Pemantauan Audit boleh—

(a)

meluluskan atau menolak pendaftaran seseorang pemohon yang didaftarkan sebagai juruaudit berdaftar;

atau

(b)

meluluskan atau menolak pemberian pengiktirafan seseorang pemohon sebagai juruaudit yang diiktiraf.

Penolakan pendaftaran atau pemberian pengiktirafan

Report

Bahagian IV

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Bahagian V

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules