Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian III · Kewangan
31V. Pemeriksaan
Feedback & supportLembaga Pemantauan Audit hendaklah, dari semasa ke semasa, menjalankan pemeriksaan untuk menilai—
tahap pematuhan piawaian pengauditan dan etika oleh seseorang juruaudit; dan
kecukupan dan kesesuaian bukti audit diperoleh berhubung dengan laporan audit yang disediakan oleh juruaudit yang berhubungan dengan penyata kewangan teraudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual.
Pemeriksaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan oleh mana-mana pegawai Lembaga Pemantauan Audit atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga Pemantauan Audit yang disebut sebagai “Pegawai Pemeriksa” dalam Penggal ini.
Juruaudit, pekongsinya dan pekerjanya hendaklah bekerjasama dengan Pegawai Pemeriksa, yang menjalankan siasatan di bawah seksyen ini, dalam perkara yang berikut:
memberikan akses kepada semua buku, akaun, kertas kerja atau dokumen lain yang berkaitan;
mengemukakan salinan atau cabutan daripada mana-mana buku, akaun, kertas kerja atau dokumen lain yang berkaitan itu; dan
memberikan maklumat melalui temuduga secara lisan, secara bertulis atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan atau dikehendaki oleh
Pegawai Pemeriksa.
64
Undang-Undang Malaysia
Pada penutup pemeriksaan yang dibuat di bawah seksyen ini,
Pegawai Pemeriksa hendaklah menyediakan suatu draf laporan pemeriksaan dan suatu salinan draf laporan itu hendaklah diberikan kepada juruaudit yang berkenaan.
Lembaga Pemantauan Audit hendaklah dengan segera membincangkan dapatan laporan pemeriksaan itu dengan juruaudit yang berkenaan dan selepas mengambil kira representasi yang dibuat oleh juruaudit itu, Pegawai Pemeriksa hendaklah memuktamadkan draf laporan pemeriksaan itu.
Walau apa pun seksyen 31z, Lembaga Pemantauan Audit boleh mengarahkan juruaudit mengambil apa-apa langkah pemulihan untuk membetulkan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam laporan pemeriksaan itu.
Juruaudit yang berkenaan hendaklah, dengan serta-merta, melaporkan kepada Lembaga Pemantauan Audit semua langkah pemulihan yang telah dan sedang diambil berhubungan dengan apa-apa dapatan yang dibangkitkan dalam laporan pemeriksaan itu.
Lembaga Pemantauan Audit boleh menyiarkan laporan pemeriksaan yang disebut dalam subseksyen (5) jika juruaudit itu tidak mengambil langkah-langkah pemulihan yang berkaitan di bawah subseksyen (6).
Siasatan