Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VIII · Simpanan Angkatan Tetap

190. Section 190

Feedback & support
(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui Proklamasi, mengerahkan untuk berkhidmat keseluruhan atau mana-mana bahagian Simpanan Angkatan Tetap.

Akta Angkatan Tentera 197

(2)

Tiap-tiap anggota simpanan yang dikerah untuk berkhidmat di bawah subseksyen (1) hendaklah melaporkan diri untuk berkhidmat pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis

Angkatan Tentera atau seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi pihaknya, melalui pemberitahuan dalam Warta atau selainnya.

(3)

Tiap-tiap anggota simpanan apabila dikerah untuk berkhidmat melalui sesuatu Proklamasi di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai seseorang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Bahagian V dan jika dia gagal, tanpa cuti yang diberikan dengan sah atau tanpa apa-apa alasan yang munasabah, untuk melaporkan diri menurut subseksyen (2) dia boleh dibicarakan bagi kesalahan tinggal tugas mengikut pengertian seksyen 54.

(4)

Tiap-tiap anggota simpanan yang dikerah untuk berkhidmat boleh kena berkhidmat sebagai seorang pegawai atau askar-lasykar dalam angkatan tetap sehingga perkhidmatannya tidak lagi diperlukan, walau bagaimanapun, dia tidak boleh dikehendaki untuk berkhidmat selama tempoh yang pada keseluruhannya melebihi kesemua baki tempoh perkhidmatannya dalam Simpanan Angkatan Tetap dan dalam hal seseorang anggota simpanan yang merupakan seorang askar-lasykar bagi suatu tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua belas bulan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 27(2).

Report

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules