Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VIII · Simpanan Angkatan Tetap

191. Kerahan untuk latihan

Feedback & support
(1)

Dalam tempoh perkhidmatannya dalam

Simpanan

Angkatan Tetap seseorang anggota simpanan boleh dikerah untuk latihan sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 194.

(2)

Pihak berkuasa yang layak boleh menyampaikan atau boleh menyebabkan supaya disampaikan kepada mana-mana anggota simpanan suatu notis latihan yang hendaklah menyatakan bahawa dia dikerah untuk latihan dan tempoh yang dia dikerah itu dan boleh menghendakinya hadir sendiri pada masa dan di tempat dan pada hari dan kepada pihak berkuasa sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

198 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

(3)

Jika sesuatu notis latihan telah disampaikan kepada mana-mana anggota simpanan, pihak berkuasa yang layak boleh pada bila-bila masa sebelum tarikh yang dia dikehendaki untuk hadir menyebabkan supaya disampaikan kepadanya suatu notis tambahan yang mengubah notis latihan itu dengan menukarkan tempat atau masa, tetapi tidak tarikh yang dia dikehendaki hadir sendiri.

(4)

Tiap-tiap notis latihan yang disampaikan selain melalui pos berdaftar hendaklah menghendaki anggota simpanan yang kepadanya notis itu disampaikan supaya mengaku penerimaannya dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu; dan jika pengakuan penerimaan itu tidak diterima pihak berkuasa yang layak itu boleh mengarahkan supaya suatu lagi notis latihan disampaikan kepadanya melalui pos berdaftar dan boleh dengan notis itu mengarahkan supaya notis terdahulu hendaklah disifatkan sebagai tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa.

(5)

Jika pada bila-bila masa dalam tempoh perkhidmatan seseorang anggota simpanan dalam Simpanan Angkatan Tetap apa-apa perubahan berlaku pada nama atau alamatnya, dia hendaklah selanjutnya memberitahu perubahan itu kepada orang dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 194; dan jika dia gagal untuk berbuat demikian dia melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan di hadapan sesuatu Mahkamah Majistret, didenda tidak melebihi dua ratus ringgit.

(6)

Tiap-tiap anggota simpanan apabila dikerah untuk latihan di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini dan jika dia gagal, tanpa cuti yang diberikan dengan sah atau tanpa alasan yang munasabah, untuk hadir sendiri mengikut subseksyen (2) boleh dibicarakan atas kesalahan tidak hadir tanpa cuti mengikut pengertian seksyen 55.

Akta Angkatan Tentera 199

Report

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules