Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VIII · Simpanan Angkatan Tetap
194. Section 194
Feedback & supportMajlis Angkatan Tentera boleh dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan termasuk peraturan-peraturan yang memperuntukkan perkara-perkara yang boleh dikeluarkan melalui Perintah Majlis Angkatan Tentera berkenaan dengan pentadbiran dan tatatertib Simpanan Angkatan Tetap dan, dengan tidak menjejaskan keluasan makna perkara yang disebut terdahulu, boleh membuat peraturan-peraturan—
untuk mengerah anggota simpanan untuk latihan;
untuk mengerah untuk perkhidmatan sepenuh masa;
untuk mengadakan peruntukan bagi gaji dan elaun anggota simpanan;
yang menghendaki anggota simpanan melaporkan diri mereka dari semasa ke semasa, dan untuk mendapatkan kebenaran pihak berkuasa yang layak yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan itu sebelum meninggalkan Malaysia;
200 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
yang mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan oleh Bahagian ini.