Seksyen 5
Keanggotaan angkatan tetap
Angkatan tetap hendaklah terdiri daripada kor, kapal, pasukan dan komponen lain sebagaimana yang diwujudkan dan ditubuhkan dari
Akta Angkatan Tentera 25
semasa ke semasa oleh Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan
Yang di-Pertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
(2)
Tiap-tiap kor, kapal, pasukan atau komponen lain yang diwujudkan atau ditubuhkan melalui perintah yang dibuat di bawah peruntukan subseksyen terdahulu yang akhir disebut hendaklah mempunyai dan dikenali dengan nama atau gelaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong dalam perintah itu.
(3)
Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai mana-mana kor, kapal, pasukan atau komponen lain yang diwujudkan, ditubuhkan dan dinamakan seperti yang disebut terdahulu hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai kor, kapal, pasukan atau komponen lain itu atau, sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya, mengenai anggotanya.
(4)
Sesuatu kor, pasukan atau komponen lain hendaklah terdiri daripada unit sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Angkatan
Tentera dari semasa ke semasa.
(5)
Majlis Angkatan Tentera, dengan kelulusan Yang di-Pertuan
Agong, boleh dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melakukan mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu:
(a)
membubarkan mana-mana kor, pasukan atau komponen lain itu keseluruhannya atau sebahagiannya;
(b)
menyatukan mana-mana kor dengan mana-mana kor lain atau mana-mana pasukan dengan mana-mana pasukan lain atau mana-mana komponen dengan mana-mana komponen lain;
(c)
memotong nama mana-mana kapal daripada daftar; atau
(d)
mengubah atau meminda nama atau gelaran mana-mana kor, kapal, pasukan atau komponen lain.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 77